Cara-cara untuk menghilangkan tekanan hidup.
Artikel ini diambil dari lamannur.
Sering kita dengar manusia-manusia di sekeliling kita berkata yang dia tengah 'stress'. Baik yang tua atau yang muda. Pelajar-pelajar dan ibu bapa mereka bila musim perperiksaan semakin hampir, rasa 'stress'. Bila time kena bayar cukai pendapatan, yang dicukai, rasa 'stress'. Bila nampak 'steady' jalan dengan orang lain, si pemuda atau pemudi, rasa 'stress'. Dan seterusnya.. Jadi, apakah dia sebenarnya makhluk yang bergelar 'stress' ini?
Apa sebenarnya 'stress'?
'Stress' kalau mengikut Kamus Progresif Inggeris-Melayu, adalah 'tekanan' atau 'titik berat'. Jadi bila seseorang itu berkata dengan kita bahawa dia sedang 'stress', ini bererti bahawa besar kemungkinan, dia tengah merasa tekanan hidup. Atau mungkin juga dia sedang mengalami satu 'titik berat' dalam kehidupannya. Atau mungkin juga dia hanya tengah sakit perut.
Tekanan hidup adalah satu perkara yang mesti ada di dalam kehidupan. Tiap yang hidup, selalunya mesti ada merasai tekanan hidup dalam usahanya untuk meneruskan kehidupan. Boleh dikatakan, setiap perasaan yang kita rasakan dan setiap pekerjaan yang kita lakukan, boleh mendatangkan 'stress'.
Ada 'stress' yang bagus dan sangat-sangat digalakkan. Contohnya, apabila kita baru sahaja menyedari betapa menyedihkan keadaan masyarakat Melayu kita sekarang ini, lalu kita rasa 'stress' dan disebabkan rasa 'stress' inilah, otak kita yang selalunya hanya berangan nak jadi Batman, bercita-cita pula nak jadi ahli jawatankuasa belia Masjid.
Atau mungkin juga, apabila musim peperiksaan kian hampir, para pelajar melayu kita semakin 'stress' dan disebabkan rasa 'stress' tadilah semakin mereka giat belajar semoga ideologi 'Melayu Bodoh' dapat dimusnahkan atau diganti dengan 'Melayu Boleh!'.
'Stress' yang seperti ini wajib ada di setiap individu yang berkebolehan. 'Stress' yang seperti inilah yang dapat merubah nasib sesuatu kaum kerana ianya menyebabkan masyarakat kaum tadi berusaha dengan lebih gigih lagi dan berfikir dengan lebih mendalam lagi. Akan tetapi, 'stress' yang keterlaluan dan yang tidak dipimpin keimanan, boleh membahayakan.
Punca-punca 'stress'.
Selain daripada perkara-perkara yang disebut diatas tadi, ini adalah beberapa lagi punca-punca yang sering memberi tekanan dalam kehidupan. Kami selitkan juga beberapa contoh bagi setiap punca.
• Kehilangan.
o Seperti apabila seorang yang sangat dicintai meninggal dunia.
o Atau apabila handphone yang baru beli hilang.
o Atau apabila kaset Dato' Siti Nurhaliza anda dikebas orang.
• Kebosanan.
o Apabila kehidupan tidak lagi membawa sembarang keseronokan.
o Atau juga apabila anda terpaksa temankan isteri anda 'shopping'
o Atau apabila kawan anda asyik nak bercerita kisah ekspedisinya ke gunung di Scotland sahaja.
• Diberi Tugas.
o Apabila anda diberi tugas yang belum pernah anda lakukan.
o Atau apabila dikehendaki mempelajari suatu perkara baru.
o Atau apabila isteri anda menyuruh anda beli su'un di kedai sedang anda asyik membaca artikel orangkita.com
• Kekecewaan
o Apabila anda terasa tidak punya daya untuk merubah sesuatu perkara yang tidak dingini yang berlaku atas diri anda.
o Seperti apabila tunang anda memutuskan pertunangan kerana katanya bau mulut anda terlalu kuat.
o Atau apabila kumpulan kegemaran bolasepak anda ditewaskan 7 - 0.
• Bahaya
o Apabila keselamatan diri tidak terjamin.
o Seperti apabila berjalan seorang diri di tepi perkuburan di waktu malam.
o Atau juga apabila syarikat dimana anda bertugas mengambil keputusan untuk mengurangkan bilangan pekerjanya.
• Tekanan Fizikal
o Sewaktu sedang kurang sihat.
o Seperti apabila sakit perut.
o Atau mungkin juga sewaktu selsema.
• Perubahan Kehidupan
o Apabila keadaan baru memaksa anda merubah cara kehidupan anda.
o Seperti apabila anda baru berumahtangga atau juga apabila baru mendapat cahaya mata.
o Atau mungkin juga apabila baru mendapat rumah, atau baru mendapat jawatan baru.
Kesan Dan Pengaruh 'Stress' di atas tubuh anda
• Penafasan anda semakin laju.
• Kadar debaran jantung dan tekanan darah meningkat.
• Penghadaman makanan menjadi perlahan.
• Kadar berkeringat atau berpeluh anda meningkat.
• Otot-otot menjadi tegang.
• Beberapa kimia didalam tubuh anda dilepaskan supaya darah lebih senang bergumpal.
• Gula dan lemak didalam tubuh anda dilepaskan.
Tanda-tanda Fizikal 'Stress'
• Ketegangan otot-otot.
• Denyutan jantung yang laju dan tidak tetap.
• Dada tidak rasa selesa.
• Kerap terasa hendak buang air kecil.
• Sakit kepala.
• Rasa letih, lesu dan lemah.
• Mulut dan tekak menjadi kering.
Tanda-tanda Emosi 'Stress'
Anda merasa..
•... risau dan tertekan.
•... ketegangan fikiran dan tak dapat menenangkannya.
•... otak anda rasa penat berfikir.
•... berbelah bagi.
•... cepat marah dan sentiasa mengeluh.
•... runsing atau kecewa
•... senang menangis
Bagaimana Anda Harus Menangani 'Stress'
Ada banyak cara untuk mengatasi perasaan tertekan dan kerisauan. Ada yang tidak baik dan tidak digalakkan sama sekali, seperti menyalah gunakan dadah, menghisap rokok, meminum minuman-minuman yang mengandungi alkohol, menyedut sos cili dari paket yang diberi semasa anda beli burger, dan lain-lain lagi.
Ada juga cara yang baik dan disyorkan. Di sini, kami menyelitkan beberapa cara yang sering berkesan untuk mengatasi masalah 'stress' ini. Walau bagaimanapun, kami ingin mengingatkan para pembaca bahawa artikel ini ditulis sebagai bacaan rekreasi sahaja dan bukan sebagai satu panduan kedoktoran. Jikalau anda mempunyai masalah 'stress', harap rujuk kepada seorang doktor.
Menenangkan Tubuh Badan Anda
•Berehat dan buat sesuatu yang anda gemari seperti pergi makan angin, pergi ke perpustakaan, pergi memancing, atau mungkin juga membaca artikel-artikel di internet.
•Ambil wudhu dan sholat sunat dua rakaat dengan khusyuk sambil meminta dan mengharap diberkati Tuhan dengan keamanan jiwa dan fikiran.
Menenangkan Fikiran Anda
•Ingatlah Allah selalu:
'... Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.' [al-Ra’d 13:28]
•Bincang dengan seorang yang anda percayai akan masalah yang anda sedang mengalami.
•Sedar sampai dicmana kebolehan anda dan terima akan hakikatnya.
•Ubah cara anda berfikir.
o Belajar bagaimana untuk meneliti setiap situasi dengan cara yang selengkapnya tanpa melupakan hakikat dan kenyataan yang sebenarnya.
o Akui bahawa tiada daya dan upaya selain dengan izin Allah. Jadi sedarlah bahawa kita hanya merancang dan berusaha sedaya dan upaya. Hanya Tuhanlah yang menentukan hasil dan akibat usaha kita.
o Fahamkan tujuan kehidupan ini. Sedarkan akan betapa sekejapnya kehidupan di dunia ini untuk dihabiskan masa yang pendek tadi dengan merungut dan bersedih. Alangkah lebih senonoh jikalau masa tadi digunakan untuk berusaha untuk memperbaiki kehidupan di dunia dan akhirat.
o Bershukurlah dengan apa yang telah diberi Tuhan kepada kita. Berapa teruk nasib kita, pasti ada yang lebih teruk.
Aturkan Masa Anda Dengan Teliti
•Tentukan untuk diri anda matlamat yang dapat dicapai.
•Tentukan matlamat manakah yang lebih mustahak.
•Lakukan pekerjaan secara berfasa.
•Pastikan anda sertakan waktu-waktu solat dan mengaji setiap hari.
•Selitkan masa-masa untuk anda berehat, bertafakur dan bermuhasabah diri.
Aturkan Masa Anda Dengan Teliti
Pengendalian mengatasi masalah 'stress' bukanlah bererti anda harus kurangkan kadar 'stress' seharian anda. Akan tetapi, ia bererti anda harus sedari beberapa perkara dan hakikat kehidupan dan mengambil keputusan-keputusan yang seiring dengan kesedaran tadi. Anda harus bertanya akan diri anda:
•Apakah yang mesti saya lakukan?
•Apakah yang harus saya lakukan?
•Apakah yang tidak perlu saya lakukan?
Dalam erti kata yang lain, anda harus ubah cara anda lihat dunia dan kehidupan ini.
Oleh : alfaqir ila Rabbih Dr.H. Musthafa Umar
Friday, March 29, 2013
Thursday, March 28, 2013
Nur Faiqah
Anak i yg kedua nie..nama dia nur faiqah (cahaya yg baik)...memang dari kecik hingga sekarang, tak susah nak jaga dia n tak banyak ragam..cuma 1..badan mcm 6 bulan even sekarang nie dah nak masuk 9 bulan..takpe la janji faiqah sihat...
Antara aktiviti yg faiqah dah pandai sekarang nie adalah
Antara aktiviti yg faiqah dah pandai sekarang nie adalah
- melambai
- bile dengar muzik..tangan dia akan bergerak mcm buat twinkle2..comel sgt
- pandai dah tak nak gie taska..kalau sampai taska ..dipaling muka ke arah lain n peluk mama dia..
- dah pandai duduk n pantang ade org baring, mesti jadi mangsa untuk berdiri.
- kuat jerit..
- suka senyum.
- paling suka main dengan papa n kakak dia..terkekek2 ketawa.
- takut dengan lelaki je kot..sebab semua pakcik aku dukung mesti dia nangis..
- tak nak susu formula..jenuhla mama nak perah...
Wednesday, March 27, 2013
Kehidupan baru
Tahun 2013....tahun yang sangat menguji ku...blog nie dah lama senyap dan sepi..seperti sepi dan sunyinye hati ini...Papa telah pulang ke rahmatullah pada 22/02/2013 bersamaan hari jumaat..Kehilangan papa amat2 dirasai..papa lah yang sering memberi nasihat, tunjuk ajar dalam kehidupan ini...tanpa papa, hidup ini terasa kosong..tiap kali teringatkan papa, hanya doa dan bacaan yassin/tahlil dapat ku kirimkan padanya..Pemergian papa terlalu cepat..
Ya Allah, aku mohon kepadaMu Ya Allah, Engkau sahaja yang ku sembah, Hanya Engkau yang ku mohon, Ya Allah, ampunkanlah dosa ayah ku (Haron @ Zakaria bin Abdullah), tempatkan dia diantara orang-orang yang beriman, tempatkan dia di taman syurga, lapangkanlah kuburnya, terangilah kuburnya, sesungguhnya tiada apa yang dapat ku lakukan untuk membalas segala jasa baik ayah ku terhadapku selain doa kepadaMu YaAllah. Sesungguhnya, ayahku seorang yang baik..tidak sekalipun dia mengabaikan tangungjawabnya kepada anaknya. Aku sudah tidak dapat membalas jasa baik ayahku mahupun menjaga beliau, hanya padaMu aku berserah..Ya Allah..Peliharalah sebaik mungkin ayah ku ketika dialam barzakh sehinggalah dipertemukan semula di akhirat kelak.....Amin.
Papa...bersemadilah dengan tenang diSana...anakmu ini amat2 merindui mu....
Ya Allah, aku mohon kepadaMu Ya Allah, Engkau sahaja yang ku sembah, Hanya Engkau yang ku mohon, Ya Allah, ampunkanlah dosa ayah ku (Haron @ Zakaria bin Abdullah), tempatkan dia diantara orang-orang yang beriman, tempatkan dia di taman syurga, lapangkanlah kuburnya, terangilah kuburnya, sesungguhnya tiada apa yang dapat ku lakukan untuk membalas segala jasa baik ayah ku terhadapku selain doa kepadaMu YaAllah. Sesungguhnya, ayahku seorang yang baik..tidak sekalipun dia mengabaikan tangungjawabnya kepada anaknya. Aku sudah tidak dapat membalas jasa baik ayahku mahupun menjaga beliau, hanya padaMu aku berserah..Ya Allah..Peliharalah sebaik mungkin ayah ku ketika dialam barzakh sehinggalah dipertemukan semula di akhirat kelak.....Amin.
Papa...bersemadilah dengan tenang diSana...anakmu ini amat2 merindui mu....
Subscribe to:
Posts (Atom)