Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 20, 2010

Sehari di rumah Maklong

Qihah suka gie rumah maklong..boleh main piano, tgk ikan, ayam , angsa...best...part yang paling best ialah qihah main ngan anak ayam...hehehe..sambil kejar kak yong n kak nana...hahaha..lain kali qihah datang lagi ok..tunggu ye mak long...
nasib baik anak ayam tu tak mati...

Sketsa Hari Sabtu

Perbualan antara Qihah and tok ma ...(berlakon telefon)

qihah: helo tok ma
tok ma: hello qihah, qihah kat ner?
qihah: qihah kat kl..
tok ma: qihah buat ape kat kl?
qihah: qihah work..
tok ma: nape qihah work?
qihah: qihah work cari duit.. nakbeli baju untuk tok ma
tok ma : baju tu brape ringgit?
qihah: emm.....2 ringgit....nanti qihah bagi kat tok ma baju..ok..bye..

sambil buat aksi seperti sedang membayar..n terus gie kat tok ma..
qihah: nah tok ma...baju princess...lawa ade kilat2...tok ma pakai la..

Wednesday, December 15, 2010

Hari Asyura

Esok is hari Asyura..(10 muharram) ...Hari yang diraikan oleh umat Islam seluruh dunia...Maksud meraikan itu bukanlah bermaksud berpesta..tapi ia merupakan hari untuk umat islam berlumba2 untuk melakukan amal ibadat yang sunat dan ia mempunyai fadilat yang banyak dan tidak terdapat pada hari2 biasa..sumber ini diambil dari (ms.wikipedia.org)
Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila rujuk kepada orang yang lebih berpengetahuan dalam hal berkaitan.


Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
* Hari pertama Allah menciptakan alam.
* Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
* Hari pertama Allah menurunkan hujan.
* Allah menjadikan ‘Arasy.
* Allah menjadikan Luh Mahfuz.
* Allah menjadikan alam.
* Allah menjadikan Malaikat Jibril.
* Nabi Adam a.s. dicipta.
* Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
* Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
* Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
* Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
* Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
* Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
* Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
* Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
* Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
* Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
* Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
* Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
* Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
* Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.
Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura
1. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
2. Memuliakan fakir miskin
3. Menahan marah
4. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
6. Bersedekah
7. Memelihara kehormatan diri
8. Mandi Sunat
Lafaz niat : “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
9. Bercelak
10. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
11. Sembahyang sunat empat rakaat
Lafaz niat : “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Menjamu orang berbuka puasa
13. Puasa Sunat Asyura
Lafaz niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Wallahualam..